Entry: KELAB WAYANG GAMBAR Tuesday, February 26, 2008



harini den raso nak bercerito pasal crito yg aku tgk mlm semalam.. walopun tak abih den tgk... last2 tu dh masuk tdo..  tp tak kisah la.. sobab apo yg bakal den tulih ni tontang inti cito nih.. pengajaran dr cito nih.. kalau tak silap cito nih rangkaian astro prima kot.. tajuk "KELAB WAYANG GAMBAR"

citer melayu.. kisah sorang guru, lakonan zulkhuzaimy kot kalo tak silap, yg mengubah pandangan seorang guru disiplin dan pengetuanya. dia sebagai guru baru kt sekolah tu men'tune' bbudak yg mempunyai masalah displin dengan cara yg lebih praktikal.. dengan menukar kelab yg asalnye diwujudkan utk mendenda pelajar yg bermasalah..kepada 1 kelab yg sihat.. 1 kelab yg membimbing pelajar melalui filem.. iaitu kelab wayang gambar...cara dia tune bbudak tu tak disenangi oleh guru disilpin tersebut..  mcm2 cara dia buat utk carik kesalahn bbudak tu.. namun sehari demi sehari makin tiada kesalahan yg dilakukan... akhirnya guru disiplin tersebut mengakui keberkesanan cara guru tersebut..  pada aku drama ni penuh dengan pengajaran..

ape yg aku pelajari dari drama ni... pengajarannye.. setiap kesalahan tidak semestinya dibetulkan dengan kekerasan.. dengan cara mendekati pelaku salah tersebut lebih berkesan dan tahan.. disamping itu mengalah tidak semestinya bersalah... juga.. usaha tanpa mengenal jemu, tanpa ragu menghasilkan sesuatu yang tidak ternilai.. walopun pelbagai rintangan yg datang.. akhirnya kesudahan yg indah tercipta...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments