Tuesday, November 28, 2006
Update!!

dah agak lama aku tak uruskan blog ni... sory ler agak bz utk ejas2.
ni ada masa skit2 so aku buat le apa yg patut.. 1st td aku tukar dianye template,
ejas size, colour, pe seme laa serbe sedikit... mana2 pic yg bapok besorr tuh dah
deletekan... menyemak space je hehe...

dan ini lah hasil yang tak seberapanyeee.. aku still jeles tgk blog korang yang cun
melecunnggg tuhh.... ishh rugi tul lerrr jadi org buta IT nehhhh.... bleh tgk je tp dok
reti nok buattt..

p/s: pade sesapa yang marah aku tak update2 tuh sory le ehh... hehe..
pasni aku cuba2 lerrr tepek apa2 yg patut... Wink


Posted at 10:23 am by Esquento
Make a comment  

Monday, September 25, 2006
AHLAN WASAHLAN!!!

AHLAH WASAHLAN YA RAMADHAN

1427HIJRIAH
2006


Posted at 09:09 am by Esquento
Make a comment  

Saturday, July 29, 2006
Dealova - Once

Am B Em
Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Am D G
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Am B Em
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Am B
Karena hati telah letih

AmB Em
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Am D G
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Am B Em
Tanpamu sepinya waktu merantai hati Oh……..
Am B
Bayangmu seakan-akan …………

Reff :
Em C Am G
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
F# Bm B
Yang memanggil rinduku padamu oh………..
Em C Am G B Bsus Em
Kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada
G D Em C G D Em D
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Em D Em C Em D C
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi

(Back to Reff)

Em C Am G
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
F# Bm B
Yang memanggil rinduku padamu Oh ……….
Em C Am G
Kau seperti udara yang kuhela
B Bsus Em Am Em Am
Kau selalu ada, selalu ada, dan selalu ada
Em Am Em Am
Yang selalu ada dan selalu ada ………..

(fade out)

Posted at 03:07 pm by Esquento
Make a comment  

GEGAR PANTAI TIMUR

Untuk ke sekian kalinya... MESRA.NET bahagian Pantai Timur telah berjaya menganjurkan gathering.


LOKASI :-Lake Chini Resort, KUANTAN, PAHANG.

TARIKH :- 23, 24 & 25 JUNE 2006
JUMLAH PESERTA:- 11 Orang.
AKTIVITI :- Berkayak, Absailing, Flying Fox, Jungle Tracking, Mengelilingi Tasik Chini, Melawat Kg. Chendahan (kampung orang asli), Menyumpit, menoreh getah dan BBQ.
PENGELOLA :- Esquento & Cahaya_Nurani.





SENARAI NAMA2 AHLI FORUM YG HADIR:-

  1. Esquento
  2. Cahaya_Nurani
  3. Khaytykhir
  4. Mawar_Rimba
  5. Mizs
  6. Salamenders
  7. Gorgon79
  8. Juzme
  9. Tauruzs
  10. NoA
  11. Iman


Assalamualaikum... syukur Alhamdulillah gathering pada kali ini telah sukses dijayakan oleh 11 orang peserta. Walaupun jumlah peserta yang hadir tidak seperti gathering yang lepas tetapi ianya tetap berjalan dengan meriah dan seperti yang dirancang.
Gathering ini adalah yang ke-3 selepas Gahering Pulau Kapas (2004) dan Gathering Tasik Kenyir (2005). Berbeza dengan gathering yang lepas, pada kali ini peserta di sajikan dengan aktiviti-aktiviti lasak menguji fizikal dan mental selama 3 hari 2 malam.

KRONOLOGI

23 JUN 2006 (Jumaat)
-Peserta Dari KL berkumpul dan bertolak ke Tasik Chini.
-Bertemu dengan ahli lain di hadapan Balai Polis Paloh Hinai
-Konvoi tiga buah kereta. Dua (KL), satu (Pekan, Pahang) menuju ke Resort ChiniLake bersebelahan dengan Tasik Chini.
-Lebih Kurang Jam 6.15 Check in. Kehadiran kami disambut dengan suasana 'penuh romantik'  bertemankan hujan rintik-rintik dan pelita disetiap dorm yang kami diami. (Blackout hehe)
-Hujan yang rintik tadi semakin lebat. Dorm gadis2 mula 'banjir' disebabkan atap yang bocor.. hehe dugaan malam pertama.. cuma permulaan dugaan. Nasib baik dorm lelaki berkeadaan baik.
-Bila hujan mula sidang/renyai, kami semua bersiap utk makan malam. perjalanan ke DARA di Chini Pusat agak tidak sukar. Nasib baik keadaan disana cerah bercahayakan lampu2.. Order makan mula diambil, big thanks to Gorgon yang sponsor Sate. Makan2, sembang2..
-lebih kurang pukul 11.30 mlm kami semua bertolak balik ke resort.
- Dalam perjalanan balik kami buat 'roud tour Felda Chini' (sesat daa..) hehe tah brapa kali lalu tempat yang sama.. pusing punya pusing last2 tempat tuuu jugak.. hehe.. kesiann diarang..
dekat2 sejam gak kutt.. last2 jumpe la gak jalan pulang.. alhamdulillahh..
hehe sorang2 muka tensen pun ada, klakar pun ada :p
-balik dorm, elektrik dah ada semula.. fuhh legaa.. masing2 keletihan dibuli oleh aku (juru pandu) hehe...
-tido time

24 JUN 2006 (Sabtu)
-Pagi2 lagi sarapan dah disediakan.. time kasih gadis2 seme yg sudi buatkan air utk kitarang ni hehe..
-Jam 9 pagi bersiap2 utk berkayak. Waa.. masing2 excited je.. Nak-nak si Gorgon yang pada mulanya malu2 rimau nak naik kayak. last2 dia naikk gak.. asik main gear reverse hehe... Masing2 mengenakan pasangan utk berkayak.. 2 jam berkayak, ramai yang dah sunburn.. ish..ish tak rockk tull hehe...
-Tghari selepas je siap2 berkayak semenye terujaa je menuju ke satu lagi tapak aktiviti iaitu absailling.. waa... manyak syiokkk oo turun dinding tinggi guna tali.. terutamanye aku ler.. sbb aku baru 1st time wat mende tuh seme hehe... tp masa mula tuh sorang2 semenye cam segan2 je nak mula... nak tak nak aku terpaksa lerr mulakann... dah kita penganjur... mana leh memalukan jemaah lainn =P
selepas perasmiann terjunan yang dibuat oleh aku tuhh... semenye berpusu kerumun...
ada laa 2 3 orang yg tak join.. ishh sapaa lah tu yee.. penutupannnye.. aku buat penurunan kepala kebawahh... perghhhh besshhh... len kali kompem nak buat lg haha... Instructor pun sporting beb... mcm2 kata semangat yg diarang bg pada kami nak2 pada si Tauruzs hehehe...
- selesai je... acara tuhh.. semenye lapo ler kann.. aku, amy ngn iman gi ke kedai nasi ayam.. tapau kasi pada seme.. burrghh.. alhamdulillahh... kenyang semenye...
-Kini tibalah masa utk 'terjunan musang' (flying fox). Lepas diberi penerangan oleh instructor yg sama masa kitarng buat absailling td... Bro Eton name dia... dia ni gila2 skit.. ehh hehe bukan skit kutt... tp ada gak ler yg melopong aku tgk time bro ni bercerita hehe. sib baik tak masuk lalatt :D Perasmian juga dilakukan oleh org yang sama.. tak lain tak bukan akuuu jugakk.. cehhh hampess btul korang kenekan aku =P selepas aku tuh kak khay.. then stop kejap... biasak laa.. td kami 2 org QC.. test dlu... ada masalah skit kt tempt landing.. bila dah fix kan masalah tuu... semenye sambung semula..tp paling best time si gorgon lerr... dia punya top speed sampai camera pong tak sempat snap gambor diaa...2, 3 kali try baru bleh... hahaha :D
dalam pada tu ada gak 2 org yang tak join... ketaq lutut kott hehe... takpa laa janji diarang enjoy... ;)
-utk meletihkan lagi diarang.. axtiviti ni tak berhenti disini.. ada satu lagi sebelum diarang bleh restt... haha aku punya susun program mmg korang tak sempt nak rehatt lee.. nasib korang laa =P
Kini semuanye masuk utan... gi jungle trekking lak... haha... lantak korang lerr... yg ni aku takleh komen lebih2 sbb aku tak join... aku sibuk siapkan mknn utk BBQ pada sebelah mlm.. 1st of all, sorry ehh korang... hehe rempah ayam tuh aku tertumpah lebih...
dlm kul 6 diarang seme setel... sorang2 nampak muke balik bilik.. hehe ciann letihh ye....
hari pun nak ujan... aku, iman, alan n gon gi ke kg ganchong utk amik ikan patin.. pembekal tuh tak sempat hantor.. siutt je.. jauh tuhh nak gi amik.. dah laa hari mkn gelap.. aku bawak bbudak ni bukan sebb pe.. sbb nak sruh jadik buruh kasar... hehe kasi diarang siang n bersihkan ikan tu lerr... (sorry ehh pada org2 yg agak bengang ngn aku maklum laa aku kidnap seme bbudak laki tinggal bbdk ppuan je kt shalet..dah ler time tu nak ujan..aku akui ler tu silap aku..aku cuma risau korang tak sempt mkn je mlm tu ) meredah ujan lebat utk sampai ke umah tokey ikan tp sib baik baik semenye dah setel.. dia dah siap tolong cucikan ikan.. bawak blk, mandi manda bersiap2 utk BBQ..
sementara tgu api dihidupkan masing2 sibuk bercerita.. tp dpt aku lihat muka sensorang keletihann...
-Menu mlm tu ialah [ikan patin, ayam, sosej, burger BBQ bersama meehoon] harap2 korang seme puas ati ler yer ngn mknn tuh...  kalo tak.. sory ler yer :)
-itu penutup pd malam hari kedua kami disana..

25 JUN 2006 (Ahad)
- Pagi2 subuh tu aku dah kuar gi belikan sarapan.. bawak balik, membr2 ppuan siapkan air.. thanks 2 u all ;)
- sesudah bfast, ramai ler yg sibuk mengemas barang masing2.. pastu kitarang kuar gi menjelajah kesemua tasik di tasik chini.. ada 12 semuanye... tidak ketinggalan lawatan sambil blaja ke perkampungan orang asli Kg. Chendahan. kami belajar menyumpit, mnoreh getah, tak kurang gak yang berposing ngn anak2 orang asli... tak lupa jugak 'perigi dalam' yg menjadi tumpuan ramaiii hahahha..
semasa di bawa boating tuh.. kami dikenalkan dengan pelbagai flora2 disana.. 'ekor kucing' salah satu tarikan.. difahamkan ukm membuat kajian keatas tumbuhan tersebut yang dikatakan pemusnah ekologi di tasik tersebut.. ianya mmbiak di dalam tasik..
di sini gak ler kitarang 1st time mkn biji teratai.. ermm best gak ;)
-Setelah selesai lawatan tengahari tu.. kami semua bersiap utk keluar dr resort dan meninggalkan tasik chini.
-Rombongan kami menuju ke Air Terjun Sungai Pandan di Felda Sg. Panching, Kuantan.

 

 


BERSAMBUNG.......


Posted at 01:51 pm by Esquento
Make a comment  

Tuesday, January 17, 2006
Selamat Tahun Baru 1427 Hijrah

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1427H
YANG BAKAL TIBA



SEMOGA SUKSES DALAM MENGEJAR AZAM YANG
DI INGINI!


Sementelah ghairah mengejar yang dihadapan,
sesekali jangan lupa untuk menoleh ke belakang.
Jadikan zaman silam sebagai sempadan dan tauladan.



amin...

Posted at 11:19 am by Esquento
Make a comment  

Tuesday, November 22, 2005
~Salam Aidil Fitri~


Assalamualaikum
Salam hamba hulur tanda ingatan
Buat semua insan umat Islam
Di pagi syawal

Pada bonda tercinta
Pada ayah yang rela berkorban
Mohon keampunan dosa-dosa
Yang ku lakukan

Untukmu duhai dinda yang setia
Harungi derita
Marilah bersama kita saling
Bermaaf-maafan
Semoga lebaran ini
Membawa keinsafan diri
Sejarah yang hitam
Agar tidak terulang
Untuk selamanya

Pada dia yang pergi
Kita hulur doa tulus suci
Agar roh mereka dicucuri
Oleh rahmat Nya

Posted at 10:22 am by Esquento
Make a comment  

Thursday, October 20, 2005
TAZKIRAH RAMADHAN

PUASA SATUKAN UMAT KEPADA FITRAH



UMAT Islam kini hampir ke penghujung Ramadan yang mulia. Bagi seorang Muslim bertakwa, kedatangan Ramadan yang sangat dirindui itu akan disambut dengan penuh kegembiraan, sebaliknya pemergian Ramadan akan ditangisi. Sekali gus, menjadi detik perpisahan yang amat memilukan bagi mereka. Perkara ini seperti sabda Rasulullah saw bermaksud: "Seandainya sekalian manusia mengetahui kebaikan yang melimpah ruah dalam Ramadan, nescaya mereka akan mengharapkan agar Ramadan berlaku sepanjang tahun." (Hadis riwayat Ibnu Abi al-Dunya)

Begitulah kelebihan dan keistimewaan Ramadan yang menggamit jiwa Muslim bertakwa, hingga dia tidak putus-putus berdoa ke hadrat Allah agar dipanjangkan umur untuk bertemu kembali Ramadan yang akan datang. Begitulah kekuatan Ramadan hingga kedatangannya amat dirindui setiap Muslim pada setiap masa.

Pada penghujung Ramadan, setiap Muslim sewajarnya bermuhasabah dan menilai diri terhadap ibadat puasa yang dilaksanakan. Persoalannya apakah ibadat puasa kali ini benar-benar mencapai matlamat ditetapkan Allah iaitu untuk melahirkan insan bertakwa? Apakah setiap Muslim dapat meraih darjat insan bertakwa dan akhirnya kembali kepada fitrah setelah sebulan penuh berpuasa Ramadan?

Perlu diinsafi bahawa nilai dalam ibadat puasa jika dapat digunakan dengan penuh istiqamah, ikhlas dan sabar pada bulan berikutnya, maka dia telah melaksanakan ibadat puasa dengan sebaik-baiknya seperti diperintahkan Allah.

Dalam konteks ini, ibadat puasa adalah wahana terbaik ke arah perubahan dan reformasi secara menyeluruh dari aspek mental, jasmani dan rohani. Perubahan ini bukan hanya dapat dirasai oleh orang perseorangan, malah sebuah keluarga, masyarakat mahupun negara secara kolektif.

Perubahan dan reformasi mental yang disasarkan oleh ibadat puasa adalah medan perjuangan yang bakal melahirkan peribadi cemerlang yang memiliki daya pemikiran tepat, bernas dan fleksibel dalam mendepani pelbagai cabaran dan rintangan. Seorang Muslim yang berpuasa sudah terbentuk dalam kotak pemikirannya untuk memelihara adab berpuasa. Perkara ini agar tidak melakukan sesuatu yang mencacatkan kesempurnaan puasanya. Ibadat puasa juga mengajar seorang Muslim supaya bersifat jujur terhadap dirinya, di samping menginsafi pengawasan Allah terhadap segala gerak-geri dan tindak-tanduknya.

Selain itu, perubahan dan reformasi mental akan terpantul dalam konteks hubungan kemasyarakatan apabila wujudnya sifat kasih sayang, bantu membantu dan mengutamakan keperluan golongan yang susah dalam jiwa setiap Muslim yang berpuasa. Dalam erti kata lain, ibadat puasa berfungsi menyatukan umat dalam naungan Islam, kembali kepada fitrah dan bersama berganding bahu memacu kegemilangan umat Islam.

Jelas bahawa ibadat puasa mengajar umat Islam pentingnya kesepaduan atau hubungan ukhuwah jitu sesama umat Islam, terutama kesedaran dalam membantu fakir miskin.

Oleh itu, Islam amat menganjurkan umatnya agar memberikan sumbangan, derma, sedekah, zakat dan amalan sosial lainnya kepada golongan itu.

Dengan ini, puasa Ramadan bukan saja berupaya memantapkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan ummah sejagat, malah amalan sosial itu berperanan membebaskan umat Islam daripada kotoran jiwa berkaitan harta benda seperti tamakkan harta, kikir dan penyakit jiwa lain.

Di samping itu, ibadat puasa melahirkan perubahan dan reformasi dari aspek jasmani.

Setiap Muslim yang menjalani ibadat puasa akan menyedari betapa tahap kesihatannya semakin bertambah baik. Sekali gus, akan lebih bertambah darjat kesyukurannya kepada Allah yang Maha Esa.




--------------------------------------------------------------------------
http://www.bharian.com.my/Misc/RamadanAlMubarak/Puasa/Hari/Rehal/20041105112311/Article/

Posted at 02:17 pm by Esquento
Make a comment  

Friday, August 05, 2005
MUHASABAH

LELAKI YANG BAKAL KE NERAKA


Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri......jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak..

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA... semua kaum muslim
masuk syurga..... janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.

Posted at 04:45 pm by Esquento
Make a comment  

Thursday, July 28, 2005
RENUNGKAN

KELEBIHAN BERJEMAAH MENGIKUT TEORI FIZIK

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian tentang
kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif
dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau
berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan
cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan
kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda beliau, mengapa
Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan
orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati,
bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam
badan kita.

Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan
bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat
berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh
ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali
cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama
ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke
dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daripada tidur, badan kita
akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya
memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai.
Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas
ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu,
kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan
Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat
Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses
pertukaran cas di dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga
dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan
akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada kerja, kita tidak lagi
melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan
pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat
adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu
sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor tersebut mengenai solat Isyak yang
mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan
empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan
tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada
sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas
dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat
(qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap
dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang
tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya
diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau
memeluk agama Islam.

**********************************************************************
dikongsi bersama, email seorang rakan.




Posted at 11:09 am by Esquento
Make a comment  

Tuesday, July 12, 2005
iNFO

ANTARA BUKU-BUKU YANG DIHARAMKAN OLEH JAKIM

Sebanyak 10 laporan penapisan dan kajian buku/majalah
dan 1 laporan kajian CD telah dibentang dan
dibahaskan. Hasilnya, sebanyak 9 buku/majalah telah
dipersetujui untuk diperaku haram dan sebuah buku
telah dipersetujui untuk ditahan kemasukannya ke
negara ini. Manakala perakuan ke atas CD ditangguhkan
untuk kajian lanjut. Antara buku-buku yang telah
diperaku haram ialah :

(i) TSUNAMI , Pembawa Mesej Dari Tuhan;

(ii) My Journey From The Christianity Of Ahlul Sunnah
Wal Jamaah To The Islam Of The Prophet;

(iii) Majalah Tora Aman Doraemon , Kisah Penciptaan
Dunia;

(iv) Ombak Hidup Mengalami Damai Di Mata Taufan; dan

(v) The Passion Of The Christ Kesengsaraan Al-Masihi.

Manakala buku yang dipersetujui untuk ditahan ialah :

(i) Fiqh Perempuan - Refleksi Kiai Atas Wacana Agama
dan Gender.

Buku-buku yang telah dipersetujui untuk diperaku
haram/tahan akan dikemukakan kepada Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) untuk proses
pewartaan.


LANJUTAN BERITA SILA KE: http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=226

Posted at 11:19 am by Esquento
Comment (1)  

Previous Page Next Page


 

nama: Esquento De Lameeri
Pekerjaan: Kuli, merangkap penarik cable, merangkap opis boy, merangkap kerani..
Asal: The Royal Town of Pekan, Pahang.
Umur: 27 tahun
status: bujang
Lokasi: Kuantan
Email: iyant@yahoo.com
Blog lain: http://smdmm96.blogdrive.com http://stk99.blogdrive.com thhp://esquento.vox.com koleksi gambar:

Fotopages Esquento


Doa Menghilangkan rasa marah
"aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk. Ya Allah ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku, dan lepaskanlah akan daku dari syaitan yang terkutuk"

Doa ketika sulit menhadapi segala urusan
"Wahai tuhanku, tak ada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau jadikannya mudah, dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki"


10 tips of question we can ask for our self to manage stress.

1 Do I need to give myself permission to take charge of the pressures in my life?
2 Do I need to sort out the balances in my life?
3 Do I need to increase my resistance to stress?
4 Do I need to concentrate on internal or external pressures?
5 Do I need to concentrate on managing change better?
6 Do I need to concentrate on improving relationships?
7. Do I need to concentrate on acute or chronic pressures?
8 Do I need to review my job/career?
9 Do I need to tackle specific pressures?
10 Do I need to start immediately?

* Now the time to deal with stress

Jom sembang-sembang!!
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30





..:: MUTIARA KATA ::..



"Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang dimana insan mendapat teduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu dan hanya layak dibuat kayu api"











EPILOG SEORANG HAMBA







Bila mentari bersinar terang


Terpancar cahaya suria


Memuji keagungan Tuhan pencipta


Menginsafi kedhaifan


Bila mentari menghilang diri


Terbit pula kenangan lalu


Tertunduk ku pasrah sedih ku


Menyepi


Hanyut dalam arus berliku



Oh Tuhanku Yang Esa


Ampunilah hambamu


Berikanlah ku kekuatan


Mengharungi mehnah Mu


Ku pohon restu hidayah dariMu


Rahmatilah hidup ku


Terimalah oh taubat ku


Penghapus segala dosa ku


Deruan ombak


Menghempas pantai


Bergelora dipukul badai


Himpunan buih di tepian


Ia tidak berkekalan


Begitulah hidup manusia










~~Ombak~~


Ombak yang menjamah

kakiku sekali

takkan dapat

kukenali lagi.


..........................

KARYA A.SAMAD SAID


 






PENGORBANAN mengapa aku harus berkorban... Demi orang lain demi kebahagian orang lain demi kesenangan orang lain... Namun apakan dayaku. Aku hanya mampu berkorban... Alhamdulillah aku tumpang gembira jika orang lain gembira walau jauh disudut hatiku secubit rasa hampa rasa sedih... Aku terpaksa mengorbankan segala keinginanku segala kemahuanku semata mata untuk kesenangan orang lain... Namun padaku pengorbanan orang lain terhadapku terlalu agung... walau sebanyak mana pengorbananku kepadanya kurasakan hanya setitik air dilautan... Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk terus berkorban...




 









SUDUT
RENUNGAN
Rutin yang baik


Mengucapkan Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di masa hadapan







Hadis Pilihan


Dari Anas bin Malik r.a bahawa Nabi S.A.W bersabda:
Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkam tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum







Doa Pilihan

Ya Allah, Bukakanlah Dadaku, Mudahkan Urusanku
dan Hilangkanlah Kekakuan Pada Lidah Agar Mereka Faham Akan
Perkataanku.Ya Allah! Mulakan Permulaan Hari Ini Satu Kebaikan,
Pertengahannya Merupakan Kebahagian dan Penghujungnya Keuntungan.
Ya Allah! Tiada Yang dapat Memberi Kebaikan Melainkan Engkau, dan
Tiada Yang dapat Menolak Kejahatan Melainkan Engkau, Tiada Daya
Upayaku.
AMIN







Pandang-pandang..
Jeling-jeling..



kemana kita....







Belek-belek surat kabor






Radio pilihan anda








Jom Borak









Blog






Koleksi Esquento



 








 






:: LIRIK PILIHAN ::
Aku Milikmu [DEWA]

Terdengar lirih bisikanmu
Diantara bayang - bayangmu
Terucap kata cinta
Yang dulu tersimpan
Dan tak mau pergi...

Sekejap cinta terlahir
Namun jadi sebuah cerita
Yang tak mungkin terlupa
Kuukir dihati
Dan tak mau pergi

Mungkinkah kumiliki
Cinta seperti ini lagi
Jangan biarkan aku
Kehilangan dirimu

Coba dengarkanlah sumpahku [Janji suci]
Dari hati... Aku cinta kamu
Jangan dengar kata mereka
Yang tak ingin kita satu
Yakinkan aku milikmu...
Aku milikmu...

Jalinan cinta tulus suci
Terpadu terikat erat
Jangan terpisah lagi
Waktu 'kan menguji
Cinta kita berdua



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed